DINAR KGT

Pengenalan Kepada Dinar Kelantan

Dinar Kelantan dikeluarkan oleh Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dibawah Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya dilancarkan sebagai matawang Islam untuk urusan pembayaran gaji, Pembayaran Zakat, Mas Kahwin dan juga untuk kegunaan perniagaan. Pejabat Urusan Kelantan Gold Trade Sdn Berhad (bagi MENGURUS tempahan daripada wakalah) adalah di:
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Lot 3-14, 3rd Floor, KB Bazaar
Jalan Hamzah
15050 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

Manakala Pejabat Urusan Wakalah NNM Gold Resources (Pengedar Sah Dinar Dan Dirham KGT) Pula  adalah di:
1. HQ KOTA BAHRU, KELANTAN (MAIN):
NNM GOLD RESOURCES (KT0292837-T)
 E015&E016, TINGKAT 1, 
BAZAR TOK GURU, 
JALAN SULTAN IBRAHIM, 
KOTA BAHRU, KELANTAN.
 Business hours: 10am - 4pm Sunday - Thursday except public holidays.


2. Cawangan PUTRAJAYA, W.P PUTRAJAYA :
NNM GOLD RESOURCES (KT0292837-T)
NO.25, JALAN P15H ¼,
PRESINT 15, 62050,
PUTRAJAYA,
W.P PUTRAJAYA
Business hours: 10am - 4pm Monday - Friday except public holidays.

Pada awalnya Dinar Kelantan yang mula diperkenalkan pada September 2006 adalah dalam denominasi ¼, ½ dan 1 dinar yang pada ketika itu bernilai RM 99.38, RM 176.76 dan RM 332.25. Pada julai 2007 dinar berdenominasi 2 dinar pula diperkenalkan. Dinar Kelantan bercorak baru pula telah dilancarkan secara rasminya pada 12 Ogos 2010 dan boleh didapati dalam denominasi seperti berikut :

Standard Dan Denominasi Dinar
Harga semasa pada ketika itu adalah RM 290.50 (1/2 Dinar), RM581 (1 Dinar), RM1,162 (2 Dinar), RM2,905 (5 Dinar) dan RM4,648 (8 Dinar). Contoh gambar Set Dinar Kelantan adalah seperti berikut :

Set Emas Dinar Kelantan
Jika anda berminat untuk memiliki Dinar Kelantan bolehlah hubungi kami di 019889770. Kami sedia menjual Emas Dinar Kelantan dalam denominasi 1/2 Dinar, 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar atau 8 Dinar. Untuk mengetahui Harga Terkini Emas Dinar Kelantan anda bolehlah merujuk di WORLD ISLAMIC MINT dan hubungi kami untuk mengesahkan harga terkini. Cara penentuan harga adalah berdasarkan harga 1 Dinar.