Friday 15 June 2012

AKTIVITI WAKALAH (15-21 JUN 2012): Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham

MALAM PELANCARAN DINAR DAN DIRHAM HOLOGRAM PERTAMA DI DUNIA

Pelancaran Dinar Dan Dirham Hologram Pertama Didunia, di sempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

Replika Dinar Hologram Pertama Didunia Dilancarkan Oleh Tuan Guru

Majlis Penyampaian CenderaMata Kepada Delegasi Negara negara Yang Mengambil Bahagian

Majlis Palancaran Dinar Dan dirham Hologram Pertama didunia-tu replika je.. kalau besar tu mahu kos 5 juta...

Bersama Pengurus Wakalah NNM Gold Resources, putrajaya, Wan Mohammad Azim Wan Azlan


Ismail -Wakalah NNM Gold Resources, putrajaya,Pengurus Kelantan Golden Trade -(KGT) Pn Zana, Pn Hayati- Wakalah KOWANIS, Fitri- Wakalah Ambiz


Ismail- Wakalah NNM Gold Resources, Hj Mahadi- CEO KGT, Fitri -Wakalah AMbiz




BERMULA HARI INI : Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham

Kerajaan Negeri Kelantan bakal anjurkan sebuah ekspo perdagangan bertaraf dunia - Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham yang bakal berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan .

Tarikh : 15 - 20 Jun 2012
Masa : 10 Pagi - 10 Malam
Tempat : Perkarangan Stadium Muhammad ke iv & Kompleks Balai Islam Kota Bharu (18 Jun 2012)
Disempurnakan Oleh: YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (MENTERI BESAR kELANTAN)

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

ANTARA ACARA MENARIK:
1. PESTA MAKANAN ANTARABANGSA
2. PRODUK DUNIA ISLAM
3. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ANTARABANGSA
4. PAMERAN ANIMASI DAN MULTIMEDIA
5. PRODUK WARISAN KELANTAN
6. PAMERAN TEKNOLOGI PEMOTORAN DAN MOTOSIKAL
7. PADANAN PERNIAGAAN
8. Pelancaran dinar dan dirham hologram pertama didunia

GAMBAR SEKITAR KARNIVAL Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham

Wan Azim Wan Azlan (Pengurus Wakalah NNM Gold Resources) Bersama YB Hj Zulkifli Mamat (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan,
Perindustrian dan Sumber Manusia,
exco kerajaan negeri kelantan) Pengerusi Bersama Karnival Bertaraf Dunia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bahru, Kelantan.


Orang Kuat KGT, Pn Norhayati (kak T), Di booth KGT, Mempamerkan Dinar Dan Dirham Hologram Pertama Didunia

Wakalah Bayu Melawi Sdn. Bhd (En. Azhar Dato' Isahak/En. Ismail Johari) Kota Bahru, Kelantan


Wakalah Al-Fitriah (Hj awalludin) Kuala Lumpur turut menyertai karnival

Persiapan Terakhir pentas pentang tadi untuk perasmian oleh Tok Guru Malam ini







BERITA: SINAR HARIAN 16 Jun 2012

Dinar, dirham Kelantan tarik perhatian Pakistan





KOTA BHARU - Kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham bercirikan hologram iaitu yang pertama di dunia menarik perhatian Pakistan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, selaras dengan itu negara tersebut akan memeterai perjanjian dengan negeri ini bagi membantu mereka mengeluarkan dinar dan dirham sendiri.

"Esok kita akan mengadakan sidang media berkaitan perkara tersebut dan berharap ia akan berjalan lancar," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Majlis Perasmian Ekspo

Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar dan Dirham di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merasmikannya dan Gabenor Wilayah Qom Iran, Mohamed Hussien.

Menurutnya, selain itu ekspo yang diadakan memberi peluang Kelantan memperkenalkan penggunakan dinar dan dirham ke peringkat antarabangsa apabila ia turut disertai oleh beberapa negara lain seperti Iran, Indonesia, Turki, China dan beberapa negara lain lagi.

Husam berkata, melihat kepada sambutan yang diberikan oleh negara-negara lain ia membuatkan Kerajaan Kelantan merasakan mereka tidak bersendiri.

Beliau berkata, Kelantan boleh berkembang dari segi ekonomi dan apa yang dilakukan ini merupakan kesinambungan daripada ekspo Cheng Ho yang diadakan sebelum ini.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengajak negara-negara Islam bersatu bagi menghasilkan ciptaan canggih setaraf dengan negara barat bagi mengembalikan semula kegemilangan di zaman saintis-saintis Islam.

"Kebiasaannya kita sudah lihat banyak produk makanan yang dihasilkan kenapa tidak kali ini kita bergabung dan mencipa alatan canggih pula.

"Saya yakin ia tidak mustahil kerana umat Islam terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya di mana ia akan menjadi kelebihan kepada kita semua," katanya memberikan cadangan semasa menyampaikan ucapan perasmian.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dinar-dirham-kelantan-tarik-perhatian-pakistan-1.57236



(Di booth KGT, Bit harga tertinggi dinar hologram pertama didunia)

(Dinar Dan Dirham Baru berhologram Pertama Didunia)


(Koleksi Dinar Dan Dirham Kerajaan Islam Negeri Kelantan)

(Dinar Dan Dirham Baru berhologram Pertama Didunia)


(Menjadi tetamu wawanraca oleh DJ di Tapak Expo)
(Menjadi tetamu wawanraca oleh DJ di Tapak Expo)

(Tuntutan Royalti Hok Kelate Bersama YB Dato' Husam Musa)



(Tanda Sokongan, Tok Guru Mennandatangani Plat 'R' tuntutan Royalti Hok Kelate)



(Tuntutan Royalti Hok Kelate Bersama YB Dato' Husam Musa)


(Tuntutan Royalti Hok Kelate Bersama YB Dato' Abd Fatah)


(Tuntutan Royalti Hok Kelate Bersama YB Abdul Latif ) 




(Wakalah Musk Trade Di Bangunan Tuan Padang Kota Bahru, Kelantan)

(Wakalah NNM GOLD Resources Di Bazar Tok Guru, TGK 2, E15 Dan E16, Jalan Sultan Ibrahim, KB)

(Bersama Wakalah Ambiz, Wakalah Mal Barokah (Nik Ahmad Kamil)

(Orang Ramai Mengunjugi Tapak Expo Perdagangan Dunia islam 2012)


(Aktivis Dinar dan Dirham Di tapak karnival)

(Turut Sama, Staf KGT, Pn Zana, Pengurus KGT, ismail CEO NNm Gold Resources Dan Pn Norhayati Mansur)

(Pemenang Bidaan Dinar Hologram Pertama Didunia, Wan Mohammad Azin Wan Azlan Bersama Staf KGT, Shamsul, Khairudin, Mubi Dan Ismail- Wakalah NNM Gold Resources)

(Wan Mohammad Azin, Ismail Dan YB Hj Zulkifli mamat- Exco Kerajaan Negeri Kelantan,
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia )

(Wan Mohammad Azin, Dan YB Hj Zulkifli mamat- Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia dan CEO KGT, Hj Mahadi Mokhtar)

ANTARA BARANGAN YANG MENGGUNAKAN DINAR DAN DIRHAM DI TAPAK EXPO;







GAMBAR SEKITAR KONVENSYEN HALAL BERASASKAN DINAR DAN DIRHAM DISERTAI 18 BUAH NEGARA;
















No comments:

Post a Comment